Sabtu, 3 Januari 2015

8 Teknik Menjemput Rezeki

8 Teknik  Menjemput Rezeki.  Bagaimana kita mahu menjana pendapatan yang dirasakan mencukupi untuk seluruh keluarga kita.  Menjemput rezeki lebih sesuai diaplikasi untuk memastikan gaji dan bonus yang kita dapat itu sentiasa cukup dan diberkati.


8 Teknik Menjemput Rezeki

1. Solat Awal Waktu -  Sentiasa menjana hak Allah. Allah akan menjaga hak kita dengan mencukupkan semua perkara termasuk Rezeki.

2. Solat Sunat Dhuha -  Mulakan awal pagi kita dengan Dhuha. Banyak rahsia Solat Sunat Dhuha ini. Jika tak mampu,  bolelah membaca Doa Dhuha.


Menjemput Rezeki Dengan Dhuha

3. Istighfar - Manusia sering melakukan dosa dan dosa menjadi penyebab rezeki terhalang.

Kelebihan Istighfar

4. Bantu ibu bapa - Pastikan 10% daripada pendapatan kita diberikan kepada ibubapa kita. InsyaAllah, Allah akan mencukupkan rezeki kita dan melipatgandakan berkali-kali ganda daripada pemberian tersebut.

5. Bina Silaturrahim - Jaga hubungan kita sesama keluarga, jiran tetangga dan rakan taulan. Bagi yang berbisnes, bina jaringan (networking) yang baik untuk menjemput rezeki di kalangan pelanggan.

6. Bersedekah - Infak sebagahgian kecil rezeki kita kepada orang di sekeliling. Mulakan dahulu dengan ahli keluarga, kemudian jiran tetangga, fakir miskin dan sebagainya. Janji Allah mereka yang bersedekah tidak akan miskin selamanya.

Sedekah Jariah

7. Bersyukur - Hanya dengan bersyukur, hati kita akan menjadi tenang dan redha dengan setiap pemberianNya.  

8. Tawakal - Berserah segala-galanya kepada Allah setelah berusaha. InsyaAllah, Allah tidak akan menzalimi hambaNya. Hanya yang berusaha akan memperoleh apa yang dia usahakan.

(Sumber: Gen-Q Isu No 39)

2 ulasan:

  1. Mudahnya menjemput rezeki kan..
    Jan rasa bersyukur sgt sering ditekankan amalan2 ini dalam group jutawan kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu master jan.. amalan rohani yg nampak mudah tp kita payah nak amalkan... syukur kita sering ingat-mengingati... tq Master Jan komen entry saya... auuuww!! ;)

      Padam

Promosi Vitamin C Januari 2021

  Assalamualaikum dan selamat petang. Dah lama tak update kat sini ye. Hari ini, Kakyus nak bagitau Shaklee ada buat Promosi Vitamin C tau! ...